Dituduh Tak Ada Job, Que Tenang Maafkan Orang Lain

KETIKA kebanyakan netizen mempertikaikan dan mempersoalkan harga Baju Melayu yang dijual oleh pelakon Que Haidar, sedikit pun perasaan marah tidak terdetik di hati jejaka itu.

Malah, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar turut mula bersuara di laman Instagram miliknya supaya netizen tidak termakan dengan tuduhan sebuah blog yang telah menuduhnya seperti demikian.

Bapa kepada dua cahaya mata itu turut memuat naik satu paparan skrin dengan menunjukkan tajuk artikel sebuah blog yang mengatakan kononnya dia naik angin apabila dikatakan telah menjual Baju Melayu dengan harga yang mahal disebabkan tidak mempunyai tawaran lakonan.

View this post on Instagram

Assalamualaikum semua, just nak share sikit, Masih ada org yg mcm ni.. sy tak pernah paksa beliau utk support sy atau beli dari sy.. selalu org tua sy pesan, ukur baju di badan sendiri.. ikut kemampuan kita.. masih ada yg berpatutan harganya tapi tak ditanya, yg ditanya baju yg Exclusive jadi sy pun bagitau la harga utk baju yg ditanya, pulak diburuk-burukkan sy.. tentang diri sy yg tak laku tu, alhamdulillah allah masih kurniakan rezeki yg halal utk sy dan keluarga.. alhamdulillah.. berniaga ni sy buat hanya pada bulan ramadhan dan mmg kebanyakkan barang2 yg sy jual sgt Exclusive dan limited.. 7 tahun dah sy berniaga pd bulan ramadhan Di Bangsar Shopping Centre dan tahun ini sy fikir ingin luaskan sedikit perniagaan sy. Jadi sy buka satu lagi di Angsana Johor Bahru memandangkan sy mmg ada customers dari Johor dan Singapura yg menginginkan sy buka di Johor tahun ini, jadi tak jauh la utk mereka membeli belah dgn sy.. tak perlulah nak hina kalau tak berkemampuan dan kalau ikhlas ingin support tak semestinya beliau mesti beli, ada mcm2 cara lagi utk support.. but apa2 pun alhamdulillah 😊🙏🏻🙏🏻🙏🏻

A post shared by Que Haidar (@the_haidars) on

“Allah, yang ni pun satu hal pula tajuk tu. Mana ada saya bengang, terguris pun tidak.

“Tujuan saya muat naik adalah untuk berkongsi saja dengan harapan netizen-netizen yang lain tidak bertindak seperti beliau,” tulis Que.

Dalam masa yang sama Que turut berharap supaya individu berkenaan tidak lagi akan mengulangi perbuatan kotor seperti itu.

Walaupun dikecam oleh netizen dan dituduh sedemikian, suami kepada Linda Jasmine itu telah memaafkan lelaki berkenaan dalam masa yang sama turut mendoakan rezekinya.

“Moga beliau yang maki hamun saya di Twitter tu tidak mengulangi perbuatannya.

“Saya dah pun maafkan beliau dan mendoakan agar beliau dimurahkan rezekinya. Itu saja,” katanya lagi.

Para peminatnya turut meminta supaya pelakon filem Lagenda Budak Setan itu terus bersabar dengan dugaan yang menimpanya di bulan Ramadan ini.

Namun menurut Que, dia sendiri tidak pernah memaksa sesiapa pun membeli barang yang dijualnya.

“Saya tak pernah paksa beliau untuk sokong saya atau beli daripada saya. Selalu orang tua saya pesan, ukur baju di badan sendiri. Ikut kemampuan kita.

“Masih ada yang berpatutan harganya tapi tak ditanya, yang ditanya baju yangExclusive jadi saya pun beritahu la harga untuk baju yang ditanya, pula diburuk-burukkan saya,” ujarnya lagi.

Harga baju melayu yang dijual oleh Que bermula dengan RM190 dan jenis Exclusive pula berharga RM380 dan dijual secara online di Instagram rasmi dibawah jenamanya itu. – MYNEWSHUB.CC/AH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.