Fujifilm Malaysia lancar kamera analog Square SQ6

Pengarah Urusan, Yoshitaka Nakamura berkata Malaysia adalah satu-satunya negara yang melancarkan Instax Square SQ6 serentak dengan Jepun.

“Kami berharap pelancaran SQ6 akan meningkatkan jualan siri Instax Fujifilm dan menggalakkan rakyat Malaysia merasai keseronokan fotografi segera.

“Fujifilm amat yakin segmen ini akan terus berkembang, dan berusaha untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat serta pada masa sama menawarkan cara yang lebih seronok dan unik kepada pengguna untuk menunjukkan kreativiti masing-masing melalui cetakan,” katanya semasa pelancaran SQ6 di sini, hari ini.

Syarikat itu menyasar untuk mencapai jualan kamera Instax sebanyak sembilan juta di seluruh dunia dengan pelancaran SQ6, iaitu empat kali ganda lebih tinggi berbanding yang direkodkan pada 2017.

SQ6 kini boleh didapati di kedai Fujifilm dan pengedar dengan harga pakej tawaran awal RM598, termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan.

-BERNAMA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.