Harga minyak global merosot sedikit

SINGAPURA: Harga minyak merosot hari ini berikutan Russia memberi isyarat ia akan meningkatkan pengeluaran secara berperingkat selepas menghadkan bekalan sejak 2017 bersama dengan pengeluar utama OPEC.

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan AS$78.78 setong pada 0024 GMT, turun 1 cent dari penutup terakhir, namun susut lebih dua peratus di bawah paras tertinggi AS$80.50 pada November 2014 yang dicatatkan pada 17 Mei lalu.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$70.69 setong, turun 2 cent daripada penyelesaian terakhir.

“Harga minyak kini mula menguncup sedikit,” kata Greg McKenna, ketua strategi pasaran broker niaga hadapan AxiTrader, sambil menambah ia disebabkan oleh tindakan Russia dan anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bercadang untuk meningkatkan pengeluaran pada mesyuarat Jun ini.

Timur Tengah yang mendominasi OPEC dan juga sekumpulan pengeluar bukan OPEC yang diketuai oleh Russia mula menahan pengeluaran pada 2017 untuk mengetatkan pasaran dan menyokong harga.

Bagaimanapun, Russia, khususnya, mengandaikan untuk mengakhiri pemotongan pengeluaran, dengan menteri tenaganya, Alexander Novak berkata pada Khamis bahawa pemotongan terhadap pengeluaran minyak mentah dapat dikurangkan secara berperingkat jika OPEC dan negara bukan OPEC melihat keseimbangan pasaran komoditi itu pada Jun ini. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.