Naib Menteri Luar Pertama Korea Utara, Kim Kye-gwan menyifatkan keputusan Trump itu tidak dijangka dan amat dikesali namun beliau mendakwa pintu masih terbuka untuk proses diplomasi selanjutnya.

“Kami sekali lagi menyatakan kepada AS akan keinginan kami untuk duduk semeja pada bila-bila masa dalam sebarang bentuk bagi menyelesaikan masalah,” katanya. – AFP