Menjelang Final Liga Juara-juara : Salah Mahu Puasa Penuh

BINTANG Liverpool Mohamad Salah menegaskan dia tetap akan berpuasa semasa aksi final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid pada awal pagi Ahad.

Waktu berbuka puasa di Kiev, lokasi pertembungan final itu diadakan hanya setengah jam sebelum aksi sepak mula.

Jadi pemain kebangsaan Mesir itu sempat menjamah sedikit makanan dan minuman sebelum perlawanan penting tersebut berlangsung.

Salah berkata dia mahu berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan.

“Sudah tentu saya akan berpuasa. Saya akan berpuasa selama 30 hari. Semua kejayaan ini ditakdirkan kepada saya atas perintah Allah,” katanya.

Liverpool terselamat daripada menjadi mangsa kebangkitan Roma apabila melangkah ke final Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun, 3 Mei lalu.

Walaupun tewas 4-2 dalam separuh akhir kedua, namun Reds meneruskan kemaraan menerusi agregat 7-6.-MS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.