Pelajar kolej ditemukan mati dipercayai dibunuh

PORT DICKSON, 25 Mei (Bernama) — Seorang pelajar wanita Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) di sini ditemukan mati dengan kesan jerut pada leher dipercayai dibunuh, dekat kawasan semak di Taman PD Permata di sini, kira-kira 1pukul 10.30 malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson DSP Mohd Faisal Mohd Noor berkata sepasukan anggota forensik polis segera ke lokasi sebaik menerima panggilan mengenai mangsa, Nuralya Damia Mohd Hairi , 19, berasal dari Klang, Selangor.

“Buat masa ini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan polis menemui kesan jerut pada leher mangsa dan penuntut Diploma Sistem Komputer dan Rangkaian tahun akhir itu dipercayai dibunuh.

Susulan itu, polis menahan seorang pelajar lelaki dari kolej berkenaan yang dipercayai bekas teman lelaki mangsa…

Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.