Terkini: 2 Lelaki Disyaki Letup Bom

TORONTO: Dua lelaki tidak dikenal pasti berjalan masuk ke dalam sebuah restoran di bandar Kanada di Mississauga semalam dan meletupkan bom, mencederakan lebih 12 orang sebelum melarikan diri, kata pihak berkuasa.

Letupan berlaku di restoran Bombay Bhel kira-kira jam 10.30 malam. Seramai 15 orang dibawa ke hospital dengan tiga daripadanya parah, kata Perkhidmatan Paramedik Serantau Peel menerusi tweet.

Polis Serantau Peel dalam tweet berkata, dua suspek lelaki masuk ke dalam restoran dan meletupkan peranti letupan mudah alih sebelum melarikan diri. Tiada siapa mengaku bertanggungjawab dalam kejadian itu.

Polis mendedahkan gambar di Twitter, menunjukkan dua lelaki memakai baju menutup kepala berjalan ke dalam premis dan seorang daripadanya dilihat membawa satu objek.

Serangan di Mississauga, bandar keenam terbesar Kanada, berlaku sebulan selepas pemandu merempuh van Ryder disewa ke arah orang ramai ketika waktu sesak makan tengah hari di ibu kota ini, meragut 10 nyawa dan mencederakan 15 lain.

Mississauga terletak di Lake Ontario dan sejauh 32 kilometer di barat ibu kota ini. -Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.