Menurut Trump menerusi surat kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un: “Malangnya, berpandukan kemarahan dan permusuhan terbuka yang ditunjukkan dalam kenyataan terbaharu anda, saya rasa adalah tidak sesuai untuk mengadakan mesyuarat berkenaan”.

Trump menyifatkan pembatalan itu ibarat ‘peluang yang terlepas’ dan berharap suatu hari nanti beliau dapat berjumpa Jong-un. – REUTER