Cikgu Shafi Akui Pemilihan AF2014 Lebih Tegas, Mahu Kualiti Terbaik

Setelah bertahun-tahun terlibat sebagai guru vokal bagi program realiti Akademi Fantasia, Cikgu Shafi tidak menafikan peserta-peserta yang menghadiri ujibakat AF2014 pada tahun ini semuanya hebat-hebat belaka.

Menurut Cikgu Shafi atau nama Syafizawati Syarif, pada tahun ini pemilihan pelajar-pelajar AF2014 lebih tegas kerana mereka mahukan kualiti yang terbaik.

“Saya lihat tahun ini lebih ramai yang hadir dan semuanya berbakat dan saya akui kita tidak dapat memilih kesemuanya.

“Ini bukan tugasan yang mudah… Ujibakat kali ini lebih tegas dan sukar kerana kami hanya mahu yang terbaik untuk dijadikan sebagai bintang AF2014,” katanya ketika ditemui pada sesi ujibakat AF2014 yang berlangsung di lokasi terakhir bertempat di FINAS, Petaling Jaya pada Sabtu.

Mengulas mengenai AF2014 yang kembali kepada format lama, Cikgu Shafi juga bersetuju dengan konsep tersebut dan menyifatkan ia adalah perkara baik kerana pelajar boleh memberikan fokus sepenuhnya terhadap pembelajaran mereka.

“Bagi saya dengan kembalinya format lama, mereka akan lebih tertumpu kepada pembelajaran ketika berada di dalam kelas.

“Kalau dulu mereka didedahkan dengan media sosial dan kadangkala apabila mereka terbaca mengenai komen-komen negatif yang diberikan, sedikit sebanyak akan mengganggu tumpuan mereka.” ulasnya pendek.

-Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.