Israel tembak dron dari Syria

BAITULMAQDIS: Tentera udara Israel hari ini melepaskan peluru berpandu ke arah dron mendekati sempadan udaranya dari Syria, menyebabkan ia berpatah balik.

“Sebuah sistem peluru berpandu pertahanan udara Patriot dilancarkan ke arah kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) yang menghampiri sempadan Israel dari Syria.

“Akibatnya, kenderaan itu berundur dari sempadan, tidak pasti jika serangan mengenai sasaran,” kata tentera dalam satu kenyataan mengakui dron itu tidak merentasi ke dalam jajahan Israel.

Februari lalu, sebuah UAV dikenal pasti Israel milik Iran dilancarkan dari Syria ke dalam negara Yahudi itu, mencetuskan pertembungan yang menyebabkan sebuah jet pejuang F16 Israel ditembak jatuh.

Tentera tidak memberi butiran lanjut mengenai UAV hari ini. Israel memberi amaran kehadiran meningkat tentera Iran di negara jiran Syria, dilihat sebagai ancaman terhadap keselamatannya. -AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.