Piala Dunia: Colombia hadiah kemenangan kepada Sanchez

PEMAIN Colombia, Carlos Sanchez (dua kanan) dilayangkan kad merah dalam perlawanan menentang Jepun pada aksi Piala Dunia Kumpulan H di Mordovia Arena, Saransk. – Foto AFP

KAZAN: Jurulatih Colombia, Jose Pekerman menghadiahkan kemenangan penting 3-0 mengatasi Poland kepada pemain tengah, Carlos Sanchez selepas laporan pemain tengah berkenaan menerima ugutan bunuh kerana kad merah yang diperolehnya ketika menentang Jepun.

Sanchez digantung dalam aksi di Kazan Arena dengan Colombia kembali dalam saingan merebut tiket ke pusingan kedua manakala Poland tersingkir, dan menurut Pekerman mereka terpaksa mengharungi tempoh sukar selepas dia disingkirkan seawal minit ketiga ketika tewas 1-2 kepada Jepun.

Pemain tengah kelab Espanyol berkenaan boleh diturunkan apabila aksi penentuan Kumpulan H apabila menentang Senegal.

Pekerman berkata, beliau berbincang dengan semua pemain apabila mahu menghadiahkan kemenangan Colombia kepada pemain berusia 32 tahun itu.

“Kejayaan ini ditujukan kepada Carlos Sanchez kerana dia mengharungi tempoh sukar dalam beberapa hari lalu. Saya dan kami mahu berkongsi dengannya,” jelasnya.

“Saya menyatakannya secara peribadi namun ia sesuatu yang dirasai seluruh skuad.”

Walaupun enggan mengesahkan laporan (ancaman bunuh), beliau hampir mendedahkannya.

Bekas pemain Colombia, Andres Escobar dibunuh selepas menjaringkan gol sendiri, menyumbang kekalahan kepada Amerika Syarikat (AS) ketika Piala Dunia 1994 dan tersingkir daripada kejohanan.

Pekerman menambah: “Kami menerima maklumat tertentu namun tiada yang boleh saya sahkan. Pemain sangat terjejas dengan perkara ini.

“Ia melangkaui bola sepak. Ia adalah sukan di mana kami bermain dengan bersungguh-sungguh dan dedikasi namun perkara ini tidak seharusnya diambil mudah.”.

“Sama ada ia betul atau sebaliknya…ia sangat menyakitkan.” – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.