Antara kaca dan permata,mana pilihan kita?

Artikel kali ini akan menyentuh berkenaan perbandingan antara bajet pakatan rakyat dan bajet 2012yang diumumkan Perdana Menteri pada 7 oktober yang lalu. Saya akan menyentuh sedikit perincian dalam sesetengah peruntukan bagi sektor tertentu untuk menampakkan dengan jelas bajet manakah benar-benar mendatangkan faedah dan bersifat menjaga kebajikan rakyat.

Pertama mari kita lihat peruntukan yang dikhususkan kepada pekerja-pekerja sektor awam, swasta dan pesara. Bagi bajet pakatan rakyat mereka memperuntukkan kepada pekerja sektor awam dimana bagi setiap penjawat awam pakatan rakyat akan menyelaraskan gaji minimum sekurang-kurangnya RM1,100. Keadaan ini berbeza dimana kerajaan BN mengambil pendekatan dimana setiap penjawat awam keseluruhannya akan menilmati kadar kenaikan gaji tahunan sekitar RM 80 hingga RM 320 mengikut gred. Makna kata semakin lama mereka berkhidmat dengan kerajaan semakin bertambah pendapatan mereka. Usaha murni ini sebenarnya meletakkan kerajaan pada landasan terbaik untuk menjadikan Malaysia antara negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020

Bagi sektor swasta bajet pakatan memperuntukkan gaji minimum RM 1,100 dimana perkara ini mewajibkan majikan sektor swasta untuk mematuhinya. Bagi bajet 2012 kerajaan memang tiada sebarang penetapan gaji minimum tetapi terbukti antara kelebihan bajet 2012 kepada kakitangan swasta ialah pertama berkenaan simpanan persaraan KWSP, Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Kedua, Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di seluruh negara. Pemberian baucar buku RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi serta pelajar tingkatan 6 di seluruh negara. Ini serba sedikit dapat meringankan beban anak-anak pekerja swasta mahupun kerajaan. Ketiga, Penerusan pemberian subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.2 bilion dimana merangkumi subsidi petrol, barangan keperluan, caj perubatan di hospital dan klinik kerajaan. Walaupun perkara-perkara ini juga dinikmati oleh pekerja sektor awam tetapi mereka yang terlibat dalam sektor swasta juga turut tidak dipinggirkan malah pekerja sektor swasta turut diberikan pelbagai pengecualian cukai seperti Pelepasan cukai sehingga RM3,000 bagi caruman skim persaraan swasta.

Bagi pesara bajet pakatan tidak memperuntukkan apa-apa bantuan kewangan dan sebagainya kepada kerajaan. Berbeza keadaannya dengan kerajaan BN dimana PM mengumumkan kadar kenaikan wang pencen 2% setahun, Bayaran khas RM3,000 kepada bekas anggota, duda dan balu polis khas dan polis tambahan. Mungkin kerajaan PR tidak Nampak usaha pesara awam membanting tulang membangunkan negara untuk warisan generasi akan datang.

Ini pula aspek perbandingan bagi intipati peruntukan-peruntukan tertentu dalam bajet PR & bajet 2012 BN dalam konteks mebela nasib rakyat.

BAJET PR

Belanjawan Pakatan Rakyat akan memberikan bantuan-bantuan berikut bagi mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada gologan rakyat kebanyakan:

· Mengekalkan subsidi minyak RM22 bilion bagi mengelakkan kenaikan harga.

· Bayaran bonus kepada warga emas sebanyak RM1,000 setahun yang berpendapatan kurang RM18,000 setahun.

· Bayaran suri rumah sebanyak RM1000 dalam tahun 2012 dan menggalak mereka menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

· Bayaran tambahan kepada isi rumah dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah RM550.

· Bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat diselaraskan kepada RM550 sebulan berbanding RM300 sebulan pada masa sekarang.

BAJET BN

Meneruskan legasi tradisi membela rakyat dalam usaha rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Perumahan Rakyat

· a)Pembiayaan Skim Rumah Pertamaku dinaikkan kepada RM400,000

· b)15,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat

· c)Subsidi RM20,000 bagi 10,000 rumah Program Perumahan Mesra Rakyat.

Tangani Inflasi

· a)Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000

· b)Penerusan subsidi bil elektrik RM20

· c)Penerusan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.3 bilion

· d)Yuran sekolah percuma

· e)Bantuan RM100 untuk semua pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5

· f) Baucar buku RM200 kepada pelajar IPTA dan

Analisis untuk kedua-dua bajet ialah bagi bajet pakatan rakyat usaha mereka untuk menjadikan negara berkebajikan dengan pemberian elaun percuma kepada rakyat nyata meletakkan negara dalam kondisi muflis sekiranya dilaksanakan kerana nilai peruntukkan melibatkan sejumlah wang yang banyak malah mengatasi kemampuan kerajaan. Negara-negara maju sekalipun tidak memperuntukkan sehingga elaun suri rumah turut dilibatkan. Perkara ini hanya menggalakkan pengangguran lebih berleluasa malah turut menjejaskan daya saing negara yang ketika ini Malaysia diiktiraf dunia antara 10 negara paling berdaya saing. Perkara paling penting yang perlu rakyat buka mata ialah intipati bajet pakatan rakyat sebenarnya banyak mengandungi perkara-perkara sama yang dijanjikan PR sekiranya dapat menawan negeri-negeri terpilih semasa PRU-12 contohnya seperti pemberian elaun percuma kepada semua lapisan masyarakat baik dari bantuan pelajar sehingga warga emas tidak pernah mampu untuk ditunaikan. Lihat sahaja rakyat Selangor ketika ini khususnya belia rata-ratanya menderita terpaksa mencari peluang pekerjaan di negeri lain.

Atas dasar itu Kerajaan Pusat dibantu dengan Pemuda BN prihatin dengan mengadakan pameran kerjaya BN youth fair yang mendapat sambutan sangat menggalakkan terutama dikalangan warga belia, dikhabarkan lebih 10,000 golongan muda mendapat pekerjaan yang sesuai mengikut kelayakan mereka. Untuk membuka minda anda seharusnya anda perlu tanya apakah keunikan kerajaan PR untuk dipilih menerajui kepimpinan negara kalau hanya mampu sekadar menabur janji betapa kononnya mereka mampu untuk menyediakan bajet kesejahteraan untuk semua, sedangkan mereka sendiri tidak mengetahui keadaan atau kedudukan kewangan negara. Kerajaan hari ini mampu untuk mengadakan bajet bersesuaian mengikut kemampuan dan kedudukan kewangan negara, cukup untuk menjaga kebajikan rakyat tanpa perlu janji-janji kosong yang hanya menderitakan rakyat.

Usaha-usaha PR sekiranya dilaksanakan hanya akan membankrapkan negara sebagai contoh lihat sahaja keadaan kewangan negeri Selangor ketika ini, tidak banyak pelaburan asing yang mampu untuk dicipta malah aset-aset negeri juga ketika ini dikhabarkan akan turut digadai dek kerana kewangan kerajaan negeri tidak mampu untuk menampung kos pentadbiran, hal ini menampakkan ciri-ciri sebenar pemimpin PR yang tidak cekap dalam konteks pentadbiran negara dari sebuah negeri yang maju dan paling kaya di Malaysia hari ini Selangor hanya mampu menanti wang ehsan Kerajaan Persekutuan seperti rayuan yang dikemukakan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim suatu ketika dahulu. Inilah gambaran sebenar yang ditunjukkan oleh mereka kelak sekiranya mentadbir kerajaan . Akhir kata pandai-pandai kita memilih kepemimpinan yang mampu untuk lakukan perubahan, jangan kita mudah termakan tipu daya dan dakyah sesetengah pihak yang menjanjikan sesuatu yang belum pasti. Ayuh lakukan transformasi diri selaras usaha kerajaan untuk mentransformasikan negara kearah negara maju 2020. Negara maju, Bangsa maju, Agama maju.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.