Libya hentikan `pameran’ Gaddafi

MISRATA 25 Okt. – Pemerintah kerajaan interim Libya menghentikan pameran kepada umum jenazah Muammar Gaddafi, anak lelakinya dan ketua ketenteraan semalam selepas empat hari dimana seramai beribu-ribu rakyat Libya datang menyaksikan sendiri mayat diktator itu.

Keputusan tersebut menandakan kerajaan bakal membuat keputusan untuk menguburkan mayat Gaddafi atau kerana mereka risau dengan keadaan di situ yang membahayakan kesihatan.

Seramai dua orang pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan keputusan tersebut bagi menutup kawasan itu namun tidak memberi sebarang sebab. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.