Mahfuz dakwa tawaran pembangunan BN satu ugutan

Presiden  Pas, Datuk Seri Hadi Awang memberi ceramah di Kampung Titi Batu di  Sungai Limau, Jerai, semalam.

 

JERAI  – Pas amat memahami sepanjang menguasai  kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, parti itu tidak berupaya  membawa apa-apa pembangunan yang mampu meningkat taraf hidup  penduduk.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila Pas menganggap langkah Barisan Nasional  (BN) yang mengingatkan penduduk bahawa kawasan itu akan ketinggalan dari segi  pembangunan jika terus memilih Pas sebagai ‘perbuatan mengugut’ pengundi.

Dakwaan terhadap BN itu dibuat oleh Pengarah Jawatan Kuasa Induk PRK Pas,  Datuk Mahfuz Omar yang menegaskan, pengundi sepatutnya diberikan kebebasan untuk  memilih calon yang mereka suka.

“Kita mahu kempen pilihan raya ini berlangsung dalam keadaan harmoni, tenang  dan bersih. Ketenangan kepada pengundi untuk membuat pilihan memilih wakil  mereka amat diperlukan. Namun, apa yang berlaku sekarang adalah BN menggunakan  strategi terdesak mengugut pengundi bahawa jika tidak pilih calon BN, kawasan  ini tidak akan membangun dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar di sini  hari ini.

Yang turut hadir, calon Pas bagi PRK Sungai Limau, Azam Abd. Samat.

Tidak cukup dengan itu, Mahfuz turut mendakwa, BN membuat tawaran kepada  pengundi untuk menunjukkan gambar kertas undi yang dipangkah mereka bagi  mendapatkan ‘habuan’. – Utusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.