Air Percuma di Selangor : Rasionalnya

Seperti yang semua rakyat malaysia terutamanya rakyat di negeri selangor sedia maklum, bahawa kerajaan negeri selangor telah memberikan bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan kepada setiap rumah di selangor.

Persoalanya, adakah itu suatu tindakan yang adil? Ini adalah kerana pemberian tersebut diberi kepada semua lapisan masyarakat termasuk si kaya yg sememangnya tidak memerlukan serta tidak layak menerima bantuan tersebut yang mana melibatkan jutaan ringgit perbelanjaan duit rakyat yg perlu dikeluarkan oleh kerajaan negeri kepada SYABAS setiap bulan.

Oleh itu, tindakan permberian air percuma tersebut merupakan tindakan yang kurang bijak serta dangkal dalam membuat percaturan berkenaan kebajikan rakyat oleh kerajaan yang kononnya memperjuangkan keadilan dan kebajikan rakyat berpendapatan rendah yang saban hari hidup di dalam keadaan tertekan dengan kos sara hidup yg semakin meningkat.

Niat asalnya memang tidak dapat disangkal kebaikannya dalam membantu rakyat, tetapi perancangan, percaturan serta perlaksanaanya yang semborono menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri dan kepada rakyat marhain di Selangor. Sepatutnya sebagai kerajaan yang memperjuangkan keadilan, mereka perlu merancang dan bertindak adil dengan memberikan sesuatu pemberian kepada mereka yang benar-benar berhak dan memerlukan, bukan dengan sewenang-wenangnya.

Apa faedahnya memberi air percuma kepada orang-orang kaya yang memiliki rumah-rumah besar, sedangkan jika rumah-rumah tersebut dikecualikan pemberian air percuma, hasil penjualan air tersebut dapat dimanfaatkan dalam membantu ramai lagi rakyat miskin yang sebahagian besarnya merupakan rakyat “miskin bandar” di Lembah Kelang.

Oleh itu, aalah dinasihatkan supaya rakyat malaysia, terutamanya rakyat di negeri Selangor memikirkan semula tindakan memberi mandat dan kuasa pemerintahan kepada pemimpin yang jahil yang hanya tahu bermain dengan retorik kononnya sebagai pemimpin yang adil, tetapi hakikatnya tindakan yang sebenar persis tindakan seorang pemimpin yang zalim kerana gagal memahami konsep keadilan yang sebenarnya.

Definisi adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, jadi, jika gagal untuk berlaku adil, maka ia adalah zalim!!!!!!

One thought on “Air Percuma di Selangor : Rasionalnya

  • 25/11/2011 at 9:27 am
    Permalink

    haaaa… warga asing pun dapat 20 meter padu percuma tu sebab depa menyewa kat rumah warga tempatan. untung depa duduk kat malaysia. dapat air free, wifi free. api pun silap2 boleh dapat free (dgn membuat sambungan haram). hehe

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.