‘Budak getah’ putar leher, bahu 360 darjah

YASH Shah menarik perhatian ramai apabila mampu memusing bahu dan lehernya pada putaran sehingga 360 darjah.

Ahli peliuk badan ini sendiri mengakui tubuhnya begitu fleksibel, malahan boleh ‘masuk’ melalui raket tennis.

Badannya boleh berpusing 180 darjah, manakala tangan dan kakinya pula mampu melakukan pusingan penuh 360 darjah.

Keupayaannya membolehkan dia mendapat jolokan budak getah dalam kalangan penduduk kampungnya di Surat, Gujarat yang terletak di utara India.

“Saya boleh memusingkan kepala dan tubuh sehingga 180 darjah dan lihat ke belakang, bagi kedua tangan dan kaki pula ia boleh dipusingkan sepenuhnya 360 darjah.

“Bahu saya pula dapat digerakkan ke pelbagai arah.

“Jari saya juga dapat dibengkokkan sehingga 180 darjah,” kata pelajar jurusan kejuruteraan perisian.

Remaja berusia 19 tahun ini berlatih tiga jam sehari dan sering kali menjadikan ahli peliuk badan Amerika, Daniel Browning Smith sebagai inspirasi.

“Saya tidak ada jurulatih khusus, keculi menonton video aksi Smith menerusi Youtube.

“Setakat ini saya tidak pernah mengalami kecederaan ketika melakukan persembahan kerana dapat mengawal badan bagi melindungi diri daripada sebarang kecederaan,” katanya.

Yash kini mengharapkan dirinya dapat disenaraikan dalam Rekod Guinness. -Metro.co.uk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.