UMNO perlu perkukuh saf parti

PASIR PUTEH: “Ini bukan masa untuk bersengketa sebaliknya kita perlu memperkukuhkan kembali saf parti.

“Kekalahan kita (Barisan Nasional) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu adalah ujian daripada Allah SWT untuk kita muhasabah diri,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, ketika ini juga ahli UMNO perlu membaiki diri dan meniupkan kembali roh perjuangan demi bangsa dan umat Islam.

Katanya, ahli parti perlu kembali kepada nilai perjuangan sebenar dan jangan sesekali menyerah kalah.

“Kekalahan ini adalah masa untuk memperkukuh dan memperkemaskan kembali saf parti kerana kita sudah lama khayal dengan kejayaan.

“Kita lupa kepada tanggungjawab dan amanah yang Allah SWT bagi dan kini Tuhan menguji sebab kita leka.

“Allah SWT memberi ujian kalah ini ada rahmat dan hikmahnya kerana UMNO tidak hancur dan masih mempunyai 54 kerusi Parlimen yang tertinggi dalam Melayu Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Perasmian Persidangan Berkelompok UMNO bahagian Pasir Puteh dan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Uthmaniyah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Hadir Ketua UMNO Bahagian, Datuk Zawawi Othman.

Asyraf Wajdi berkata, UMNO kini sudah tiada kuasa dan wang tetapi nilai perjuangan sebenar perlu diperkukuh kerana ia akan menentukan jatuh bangun umat Islam.

BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.