Video Caprice Cakap Melayu Terima ‘Feedback’ Baik

BAGI mereka yang mengikuti perkembangan penyanyi, Caprice pastinya sudah tahu dia cukup dikenali di Instagram kerana sering memberi pesanan kepada peminatnya menerusi video yang tular di media sosial.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka video yang menyaksikan dirinya bertutur dalam bahasa Melayu turut menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi positif daripada orang ramai.

Menurut Caprice, video berkenaan merupakan rakaman bahasa Melayu pertama yang dimuat naik dalam akaun Instagramnya miliknya iaitu @capriceofficial.

PENYANYI, CAPRICE

Jelas pemilik nama sebenar Ariz Ramli itu lagi, tujuan sebenar dia merakam video berkenaan kerana menerima cabaran daripada para peminat.

Segalanya bermula apabila saya menegur sesetengah peminat yang sering merungut mengenai ketiadaan kerja walaupun mereka mempunyai pendidikan taraf tinggi. Saya mencabar mereka untuk mencipta peluang sendiri daripada terus menunggu tawaran pekerjaan.

“Mungkin disebabkan itu mereka pula mencabar saya untuk keluar dari zon selesa dengan bercakap sepenuhnya dalam bahasa Melayu,” kata Caprice dipetik sebuah portal online.

Katanya lagi, meskipun lebih selesa berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris tetapi tidak bermakna bertutur dalam bahasa ibunda merupakan satu kesukaran baginya.

“Saya faham dengan situasi mereka yang masih tidak bekerjaya. Selain terus menunggu tawaran pekerjaan, saya cadangkan mereka untuk meneroka pelbagai peluang yang disediakan oleh kerajaan atau pihak-pihak tertentu.

“Contoh terbaik yang saya nampak ialah melalui program ‘YouCanDuit’ di bawah Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Mereka membuka peluang untuk sesiapa saja mencipta sumber pendapatan sendiri,” ujarnya lagi.

Sehingga kini, rakaman tersebut terus menjadi perhatian dan ia juga telah diparodikan oleh beberapa selebriti tempatan seperti Syuk SYJ, Azrul Cham, Bell Ngasri dan Zulin Aziz di laman sosial masing-masing.  – MYNEWSHUB.CC/AM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.