Malang Torres berterusan

 

LONDON – Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas mencabar barisan pemain penyerangnya supaya menyambar tempat dalam kesebelasan utama ketika Fernando Torres menjalani penggantungan tiga perlawanan.

Torres menjaringkan gol keduanya ketika Chelsea mengalahkan Swansea 4-1 di Stamford Bridge semalam, namun dibuang padang kemudiannya.

Kad merah tersebut menyebabkan Torres terlepas aksi Blues menentang Bolton, Everton dan QPR.

Lantaran itu Villas-Boas mahu Nicolas Anelka, Didier Drogba dan Daniel Sturridge mengambil kesempatan daripada ketiadaan Torres.

Selepas mengharungi prestasi buruk, Torres tertekan dengan harapan tinggi peminat ekoran perpindahan 50 juta pound dari Liverpool ke Chelsea pada Januari lalu.

Dia menjaringkan gol ketika menentang Manchester United minggu lalu, namun kemudiannya terlepas peluang menjaringkan gol mudah.

Saat malang Torres berterusan ketika menentang Swansea apabila jaringannya pada minit ke-29 dibayangi layangan kad merah 10 minit kemudian.

Torres dibuang pada oleh pengadil Mike Dean kerana mengkasari Mark Gower pada minit ke-39.

Dean tidak teragak-agak melayangkan kad merah kerana terjahan kasar tersebut.

Villas-Boas enggan mengkritik penyerangnya sebaliknya mengakui pengadil membuat keputusan tepat.

“Mengenai kad merah, tiada apa yang mahu saya katakan. Ia keputusan yang baik daripada pengadil.

“Membentes adalah perkara biasa dalam perlawanan. Ini adalah satu daripadanya dan pengadil telah membuat keputusan sedemikian.

“Agak malang kerana permainan memihak kepada kami dan juga untuk penyokong, namun akhirnya ia adalah apa yang diputuskan oleh pengadil. Kami kena menyesuaikan keadaan,” kata Villas-Boas. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.