Banjir kilat di ibu negara

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di pusat bandar dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak jam 4 petang tadi.

Paras air yang tinggi di kawasan Bulatan Dato Onn, Jalan Parlimen menyebabkan beberapa kenderaan terkandas, sekali gus berlaku kesesakan jalan raya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, berkata pengguna jalan raya dinasihatkan mengelakkan menggunakan Jalan Parlimen bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“Selain itu pengguna jalan raya di sepanjang Jalan Maharajalela (berhampiran Stesen Monorel) dan Jalan Pudu turut terjejas akibat banjir.

“Kesesakan lalu lintas berlaku di beberapa kawasan yang dinaiki air. Oleh itu pengguna dinasihatkan untuk tidak melalui kawasan berkenaan,” katanya.

Sementara itu banjir kilat turut dilaporkan berlaku di Jalan Rawang menuju ke Bandar Country Homes dan Bandar Tasik Puteri, Rawang bermula jam 5 petang tadi.

Hujan lebat menyebabkan paras sungai berhampiran AEON Rawang meningkat sebelum menenggelamkan jalan sedalam lebih 0.4 meter.

Akibatnya berlaku kesesakan lalu lintas teruk di kedua-dua hala.-BH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.