MENGAPA BELIA PUPUS DALAM PROGRAM KEAGAMAAN?

Belia adalah modal insan yang terpenting untuk masa hadapan bagi setiap Negara di mana merekalah pelapis yang akan menggantikan para pemimpin kita masa kini. Namun, isu belia kita yang dikatakan tidak terdedah dengan aspek keagamaan menjadi buah mulut di mana belia kita tidak mempunyai persediaan untuk menjawat jawatan sebagai pemimpin. Di sini lah pihak kerajaan sepatutnya mengambil langkah seribu dalam menangani isu ini dengan cara memperdekatkan aspek keagamaan terhadap belia.

Dalam hal ini, kementerian belia dan sukan lah yang seharusnya memikul tanggungjawab dengan melakukan banyak aktiviti keagamaan yang diselang-selikan dengan aktiviti lain seperti yang kita sendiri faham, belia-belia ini tidak akan mengikuti program-program seperti ini kerana mereka lebih terdedah dengan kemodenan di mana aspek keagamaan itu di anggap “low standard”.

Oleh yang demikian, seperti yang kita fahami, belia lebih teruja apabila terdedah dengan aktiviti lasak dan atau apa saja aktiviti yang berteraskan hiburan. Maka dengan itu, pihak yang berkenaan harus menyelitkan aktiviti-aktiviti yang berteraskan kesukanan, aktiviti lasak dan sebagainya. Saya percaya, jika program-program seperti ini berlangsung, belia kita bukan saja dapat merangkumi sifat keterbukaan, malahan juga dapat merangkul target kita! Iaitu aspek keagamaan.

Kesimpulannya, jika semua pihak bersepakat untuk sentiasa menjaga keperluan belia kita dari semua aspek, Negara kita tidak akan pernah mengalami permasalahan dari segi jenayah, ideologi mahupun pentadbiran dan tanggungjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.