Bank Australia lumpuh

Melbourne: Bank Negara Australia (NAB), semalam berhadapan apa yang digambarkan sebagai ‘gangguan seluruh negara’ kepada sebahagian sistem komputernya, menyebabkan pelanggan tidak boleh menggunakan perkhidmatan bank atau mengeluarkan wang.

Pelanggan menggunakan media sosial untuk menyatakan kekecewaan mereka, dengan sebahagiannya berkata, mereka tidak boleh membayar harga barangan runcit dan gagal mengisi minyak kereta.

“Pelanggan setia selama 15 tahun dan anda membiarkan saya berdiri di laluan pasar raya dengan troli penuh dengan barangan,” kata seorang pengguna Twitter.

Bank berkenaan menerusi akaun Twitter sejurus selepas tengah hari semalam memberitahu perkhidmatannya sudah pulih.

“Kami minta maaf dan ia tidak cukup baik tetapi akan membaikinya secepat mungkin,” kata Ketua Pegawai Pelanggan Perniagaan dan Perbankan Peribadi, Anthony Healy, dalam video yang disiarkan di Twitter.

NAB adalah satu daripada empat bank peruncit terbesar Australia dengan pelanggan seramai sembilan juta, menurut laman webnya.

Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.