Gagal Sumbang gol, Ronaldo Persenda Bale

CRISTIANO RONALDO mendakwa Liga Juara-Juara perlu dijenamakan semula selepas dia meraikan kemenangan kelima dalam kejuaraan itu apabila Real Madrid mencatat keputusan 3-1 ke atas Liverpool.

Bekas bekas pemain Manchester United itu menjaringkan gol dua kali dalam final tahun lalu ketika menentang Juventus dan pada kemenangan 2014 ke atas Atletico.

Ronaldo juga menjaringkan gol penalti dalam kemenangan penentuan pada 2016 ke atas pasukan Diego Simeone di Milan, tetapi terpaksa menjadi ‘fiddle’ kedua kepada Gareth Bale di Kiev pada perlawanan akhir yang berlangsung awal pagi Ahad.

Memetik laporan Metro UK, Bale mengambil masa hanya tiga minit untuk memberikan impak selepas gol penyamaan oleh Sadio Mane.

Ia merupakan satu daripada gol terbaik yang dijaringkan dalam sejarah Liga Juara-Juara dengan gaya tendangan ‘basikal’ antigraviti.

Bintang berusia 28 tahun itu membawa permainan jauh ke depan sehingga ia sukar dikejar oleh Liverpool yang hanya berbaki tujuh minit perlawanan.

Ketika ditanya sama ada dia kecewa kerana tidak menjaringkan gol pada perlawanan akhir dan tumpuan ke atas Bale kerana berjaya membuat tendangan ‘overhead’, Ronaldo berkata: “Siapa? Mungkin Liga Juara-Juara perlu tukar nama kepada Liga Juara-Juara CR7.

“Siapa yang miliki lebih kejuaraan dan gol?” -MS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.