GST Sifar Bukan Tolak 6 Peratus- Mydin

Sebagai seorang yang menjalankan perniagaan rantaian hypermarket, Pengarah Urusan Mydin Datuk Ameer Ali berkata beliau menyambut baik tindakan kerajaan yang mengumumkan pengurangan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada sifar peratus.

Ameer berkata, pengurangan kadar daripada enam peratus kepada sifar itu bukan sahaja berita baik kepada orang ramai tetapi juga kepada peniaga terutama yang menjalankan perniagaan rantaian.

Bagaimanapun, menurut Ameer yang telah mengusahakan Mydin sejak 1986 berkata terdapat kekeliruan di kalangan pengguna apabila kerajaan mengumumkan kadar sifar peratus GST.

Menurutnya, walaupun GST pada kadar sifar peratus namun pengguna perlu membuat penolakan sebanyak 5.6 peratus terhadap harga barang yang telah dicampur dengan GST bagi mendapatkan harga sebenar.

“Memang kerajaan umum sifar peratus. Tetapi pengguna tidak boleh tolak enam peratus terhadap harga barang yang telah dicampur GST.

“Contohnya harga barang sebelum GST RM10, selepas GST menjadi RM10.60. Untuk mendapatkan balik harga sebelum GST, pengguna tidak boleh tolak enam peratus tetapi mereka perlu tolak 5.6 peratus atau bahagikan dengan 1.06.

“Jika harga RM10.60 tolak dengan enam peratus, harga barang akan jadi RM9.96. Itu bukan harga asal.

“Jadi saya rasa kekeliruan ini perlu diuar-uarkan kepada orang ramai supaya mereka tidak mempertikaikan harga barangan yang telah diberi sifar peratus,” katanya kepada Malaysiakini.

Pada 16 Mei lalu, Malaysiakini melaporkan, kerajaan melalui Kementerian Kewangan mengumumkan kadar GST dikurangkan menjadi sifar peratus berkuatkuasa 1 Jun.

Pengumuman itu dibuat sejurus selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau telah mengarahkan kerajaan menghentikan kutipan GST.

Pemansuhan GST adalah sebahagian daripada manifesto kerajaan baru Pakatan Harapan yang berjanji akan melaksanakannya dalam tempoh 100 hari.

Selain itu, Ameer juga menasihatkan orang ramai supaya bersabar sekiranya terdapat barangan yang masih memaparkan tanda harga lama.

Ini kerana, menurutnya bagi peniaga rantaian hypermarket seperti Mydin dan Tesco mereka mempunyai ratusan ribu barangan yang perlu ditukar tanda harga.

Justeru, Ameer menasihatkan orang ramai agar sentiasa memeriksa resit pembelian selepas 1 Jun bagi memastikan barangan yang dibeli tidak disertakan GST.

“Tapi terdapat beberapa barangan mungkin ada yang masa GST dilaksanakan, barang itu tidak dinaikkan harga.

“Apapun kita minta supaya mereka sabar sebab mungkin ada peniaga tak sempat tukar tanda harga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.