Liverpool Dimalukan Di Kiev

Gergasi Sepanyol Real Madrid berjaya mempertahankan Kejuaraan Eropah apabila membenam pasukan dari Liga Perdana Inggeris Liverpool 3-1.

Dua kesilapan mudah dari penjaga gawang Liverpool,Loris Karius menjadi punca kekalahan sebentar tadi.

Karim Benzema meletakan Real Madrid dihadapan apabila menghukum kecuaian Karius ketika membuat lontaran.

Sado Mane bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan hasil tolakan mudah ke pintu gawang selepas berlaku kelam kabut di hadapan gawang gol.

Pemain gantian Gareth Bale yang masuk mengantikan Isco berjaya menjaringkan gol kedua Real Madrid hasil tendangan akrobatik yang cantik.

Nasib menyebelahi Bale apabila sepakan deras dari jarak 35 meter berjaya menewaskan Karius yang gagal menampan keluar tendangan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.