Saham Jatuh 13 Hari: LGE Ditempelak A. Kadir Jasin!

PADAH… Keghairahan Menteri Kewangan baharu, Lim Guan Eng dedah jumlah hutang negara yang pernah dibuat kerajaan terdahulu ‘memakan diri’ apabila pasaran saham memberi reaksi negatif.

Pelabur mula bertindak bawa keluar ekuiti pelaburan masing-masing sehingga menyaksikan Bursa Malaysia jatuh 13 hari berturut-turut iaitu paling teruk dalam sejarah selepas rekod kejatuhan terakhir dicatatkan awal Januari lalu.

Kesilapan ‘bodoh’ itu bukan sahaja mendapat teguran bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman sosial Facebooknya, malahan mendapat perhatian daripada ‘orang dalam’ Pakatan Harapan (PH) sendiri.

Menurut Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A. Kadir Jasin, Guan Eng seharusnya perlu belajar untuk lebih berhati-hati di dalam membuat sebarang kenyataan dan hebahan awam kepada media massa.

Bahkan tokoh dalam bidang kewartawanan tanah air itu juga menasihati semua menteri dan pegawai mereka untuk melakukan perkara yang sama, sekali gus dapat menjaga imej PH daripada menjadi pula bahan jenaka masyarakat.

Beliau juga meminta agar semua wakil rakyat PH dan menteri yang baharu dilantik Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk melebihkan kerja demi rakyat jelata daripada banyak bercakap dan mencari tajuk berita.

“Kesilapan Guan Eng ialah dalam euforia dan keseronokan luar biasa menemui hal-hal yang membuktikan dakwaan PH selama ini benar, beliau telah terlupa memikirkan semasak-masaknya apakah implikasi buruk pendedahan itu.

“Biar saya beri peringatan kepada semua menteri dan pegawai mereka agar lebih berhati-hati membuat kenyataan kepada media massa. Faedah politik (political milage) tidak sama dengan faedah ekonomi (economic milage).

“Apa yang baik untuk politik tidak semestinya baik juga untuk ekonomi dan pasaran,” kata A. Kadir di dalam artikel bertajuk Mereformasi Cara Berfikir, Bertindak Sebagai Kerajaan yang disiarkan portal pro-PH, Malaysiakini.

“Kita tidak perlu sensasi atau menjerit di puncak suara lagi. Kita sudah pun menjadi kerajaan. Hendak hukum Najib, Rosmah Mansor, Jho Low, Arul Azrul Kanda Kandasamy, Irwan Serigar Abdullah dan Mohamed Apandi Ali.

“Juga bekas KPN, bekas ketua pesuruhjaya SPRM, pengerusi SPR, Rizal Mansor, Riza Aziz, Mohd. Isa Samad, Habibul Rahman Kadir, Abdul Azeez Rahim dan banyak lagi konco-konco era kleptokrasi – boleh, malahan wajib.

“Tapi biarlah kita lakukan melalui proses undang-undang kerana itulah yang terbaik apatah lagi PH sendiri berjanji hendak junjung kedaulatan undang-undang,” tambah A. Kadir lagi dalam nada agak kesal ketika ulas isu Guan Eng.

Tambah beliau, di dalam PH, mereka ada menjanjikan reformasi, maka setiap warganya perlu memulakan dengan mereformasi terlebih dahulu cara berfikir dan bertindak sebagai kerajaan baharu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

* Video bawah sekadar hiasan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.