AU akui askar pengaman Burundi tembak Noramfaizul

MOGADISHU: Pasukan pengaman Kesatuan Afrika (AU) yang bertugas di ibu negara Somalia, Mogadishu, mengakui askarnya secara tidak sengaja menembak mati seorang jurukamera Malaysia awal bulan ini.
Noramfaizul Mohd Nor terbunuh apabila askar pengaman dari Burundi yang meronda bandaraya itu melepaskan tembakan ke atas kenderaannya.

 Seorang lagi jurukamera Malaysia cedera dalam kejadian itu.
“Lembaga Siasatan mendapati empat askar terbabit dalam kejadian menembak itu…dan mencadangkan keempat-empat askar dari kontijen Burundi berkenaan diadili mengikut proses ketenteraan dan undang-undang negara itu,” menurut kenyataan pasukan pengaman AMISOM. Keempat-empat askar berkenaan sudah digantung tugas. – Reuters

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.