Bajet 2012: Dasar lebih akomodatif diperlukan

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Kerajaan perlu mengguna pakai dasar yang lebih akomodatif seperti rejim kadar faedah yang rendah dalam Bajet 2012 bagi merancakkan lagi ekonomi domestik, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd., Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Dengan mengambilkira apa yang berlaku di Amerika Syarikat dan Eropah, beliau berkata, adalah penting untuk kerajaan menangani isu terutamanya berkaitan kos kehidupan yang tinggi.

“Dengan apa yang berlaku di AS dan Eropah, kita menjangkakan pertumbuhan ekonomi yang perlahan dalam bulan-bulan dan tahun mendatang.

“Justeru itu, adalah amat penting agar dasar yang lebih akomodatif diguna pakai dan adalah menjadi harapan kita yang persekitaran kadar faedah yang rendah, contohnya, akan kekal agar ekonomi terus berkembang,” kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan cawangan mercu tanda Maybank di Kota Damansara di sini hari ini. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.