BAJET 2012: Siri 1, Harapan Golongan Muda

Pembentangan bajet 2012 yang akan diumumkan oleh PM, Dato’ Seri Najib Razak pada     7Oktober ini di Parlimen diharapkan dapat memberi tumpuan kepada golongan muda secara khusus. Dalam satu kenyataan akhbar yang pernah dibuat, PM ada menyatakan intipati pembentangan Bajet 2012 akan berkisar berkenaan usaha kerajaan yang akan memberikan tumpuan kepada pengurusan kos kehidupan rakyat dan kerajaan akan merancang strategi terbaik untuk mengurangkan bebanan rakyat dan pada masa sama menguruskan perkembangan ekonomi negara.

Bagi mereka yang berkeluarga pasti merasa lega dengan pengunguman tersebut, tetapi bagi golongan muda apakah sebenarnya harapan mereka terhadap kerajaan dalam isu pembangunan belia dalam pelbagai bidang. Saya bahagikan golongan muda atau belia ini kepada dua kumpulan pertama ialah belia yang bekerja dan kedua  belia yang masih menuntut di IPT. Dalam satu kajian rambang di laman sesawang facebook yang melibatkan 30 responden, di mana 15 responden adalah dalam kalangan mereka yang bekerja dan selebihnya belia yang masih menuntut pelajaran di IPT. respon daripada kesemua mereka yang terlibat rata2  berkisar mengenai isu yang sama. Bagi golongan belia yang bekerja 90% harapan mereka terhadap kerajaan dalam pembentangan Bajet 2012 inginkan pengurangan kos sara hidup dapat di tangani dengan segera sebagai contoh kenaikan harga minyak, kos utiliti, barangan keperluan dan sebagainya. Malah ada diantara responden yang menyatakan bahawa adanya keperluan kerajaan untuk memberikan insentif lebih kepada pihak swasta untuk menaikkan gaji pekerja sectok tersebut bagi menghadapi cabaran dunia global khususnya kos sara hidup yang semakin tinggi.

Pandangan saya berkenaan dengan isu ini sangat jelas pada saya isu kenaikan kos sara hidup perlu kita, sebagai rakyat terima seadanya, saya pasti kerajaan akan terus memberikan pelbagai insentif kepada rakyat seperti subsidi minyak, barang kawalan, caj perubatan dan sebagainya. Perlu kita ingat bahawa Malaysia sedang menuju aspirasi wawasan 2020 yang tinggal lebih kurang 8 tahun 3 bulan dari sekarang. Isu subsidi sangat kompleks untuk dibincangkan. Suatu ketika dahulu Negara seperti US dan Britain pernah menasihatkan rakyat Malaysia untuk menghapuskan susbsidi bagi memastikan Malaysia mencapai matlamat untuk menjadi Negara berpendapatan tinggi. Malaysia juga merupakan sebuah Negara yang paling banyak memberikan subsidi kepada rakyat berbanding Negara- Negara lain. Jika mentaliti rakyat khususnya golongan muda untuk terus berharap kepada subsidi kerajaan kita pasti akan terkebelakang. Contohnya dalam susbsidi perubatan bagi masyarakat Malaysia di hospital kerajaan hanya serendah RM1.00 berbanding negara ASEAN  kemudian kita teliti perbandingan harga gula di Malaysia dengan negara jiran Indonesia, di Malaysia gula dijual pada harga RM 2.30 berbanding Indonesia RM 3.80.

Bagi responden yang masih menuntut di IPT pula megharapkan kerajaan dapat melaksanakan dasar dimana pembayaran balik pinjaman PTPTN di buat mengikiut level CGPA seperti kaedah pinjaman MARA. Sesetengah penuntut IPTS merungut berkenaan yuran pengajian yang sangat mahal disamping mereka perlu berhadapan denagn masalah kos sara hidup yang tinggi terutama bagi golongan keluarga yang berpendapatan sederhana. Selain itu ada juga rungutan daripada mereka yang ingin kerajaan memantau kelayakan sesetengah IPTS  yang tidak mempunyai kelayakan untuk menawarkan pengajian tinggi kepada mereka. Kes tipu membabitkan IPTS semakin bertambah. Kerajaan juga harus meneliti kemasukan pelajar2 asing seperti dari negara Afrika kerana banyak peningkatan kes salah guna visa pelajar dan peningkatan kes sosial di kalangan mereka terutama melibatkan isu keldai dadah dan pengedaran dadah di negara kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.