Kerjasama ATM Dan Tentera AS Tingkatkan Lagi Keselamatan Rantau Asia

MELAKA, 27 Sept (Bernama) — Kerjasama yang dijalinkan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai bidang dapat meningkatkan lagi tahap keselamatan di rantau ini.

Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Razali Ahmad berkata kerjasama itu amat penting dan selari dengan hasrat Malaysia menjadikan Asia sebuah rantau yang aman dan selamat.

“Kita perlu meningkatkan professionalisma anggota serta memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama dua hala ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Eksesais Keris Strike Siri 15 di Padang Pavilion, Kem Terendak, dekat sini, Selasa.

Seramai 330 pegawai dan anggota dari Briged Infantri Malaysia termasuk 180 daripada pasukan Tentera Sokongan Arahan Misi Kesembilan Amerika Syarikat menyertai eksesais selama 13 hari itu.

Majlis penutupan eksesais itu turut dihadiri Timbalan Panglima Pasukan Tentera Simpanan Darat AS, Mejar Jeneral William G. Beard.

Sementara itu, Beard berkata eksesais tersebut memberi peluang yang baik kepada tentera AS dalam berkongsi pengalaman bersama tentera Malaysia.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.