10 warga Malaysia dihukum penjara di New Zealand

WELLINGTON 26 Okt. – Seramai 10 orang rakyat Malaysia yang cuba menyeludup dadah ke New Zealand di dalam kasut yang dipakai mereka dijatuhkan hukuman penjara sehingga 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi Auckland, hari ini.

Mereka ditahan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland April lalu, setelah pegawai kastam mendapati mereka berjalan dalam keadaan mencurigakan.

Mereka dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun 11 bulan hingga 10 tahun enam bulan.

Setiap seorang daripada mereka didapati menyorok dadah jenis methamphetamine seberat 800 gram hingga sekilogram di dalam kasut.

Kumpulan penyeludup dari Malaysia itu merupakan kumpulan utusan dadah paling ramai memasuki New Zealand yang ditangkap dalam masa yang sama.

Peguam bela berkata, lapan orang lelaki dan dua wanita itu direkrut sendiri oleh peminjam wang haram kerana terlibat dengan dadah, hutang perniagaan, perubatan atau perjudian dan masalah kewangan lain.

Hakim mengarahkan kebanyakan daripada defendan menghabiskan hukuman penjara selama empat tahun dan enam bulan sebelum melayakkan diri untuk parol. – dpa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.