Kajol rasmi patung lilin dirinya di Singapura

PELAKON popular Bollywood iaitu Kajol merasmikan patung lilin dirinya yang terletak di Muzium Madamme Tussauds di Singapura.

Isteri kepada Ajay Devgan ini hadir buat pertama kali ditemani anak sulung mereka iaitu Nysa.

Ini adalah pertama kali Nysa Devgan menemani ibunya pada acara rasmi seperti itu.

Ia berikutan remaja berusia 15 tahun ini menyambung pengajian di negara itu.

Kajol hadir dengan mengayakan sari moden berwarna hitam pada acara tersebut.

Pelakon filem terkenal itu juga dilihat gembira dengan hasil patung lilin yang tidak tumpah dengan dirinya yang sebenar.

MSTAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.