Tun Mahathir Mohamad
DR. MAHATHIR

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan telah membuat keputusan akhir untuk membatalkan projek tersebut kerana ia tidak memberi manfaat serta melibatkan kos yang tinggi.

“Ini adalah keputusan akhir (pembatalan HSR) tetapi ia akan mengambil masa kerana kita mempunyai perjanjian dengan kerajaan Singapura.

“Saya difahamkan jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh kerajaan kerana membatalkan projek ini mencecah hampir RM500 juta,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, di sini hari ini.

Projek HSR yang bernilai RM100 bilion itu antara projek mega inisiatif pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi PHberkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kes-kes penipuan melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Kita dapati ada calon kita yang sudah menang tetapi ada peti undi lain datang dan tiba-tiba sahaja calon kita kalah.

“Kita masih belum kenal pasti jumlah sebenar kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terlibat,” katanya. – UTUSAN ONLINE