Kerajaan timbang tuntutan HINDRAF 2.0

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan meneliti dan mempertimbangkan 25 tuntutan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF 2.0) termasuk berkaitan tanah rancangan FELDA dan kemasukan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Kita akan mempertimbangkan tuntutan (HINDRAF2.0) itu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Menara Yayasan Selangor, hari ini.

Perdana Menteri mengulas tuntutan HINDRAF 2.0 supaya kerajaan menyediakan tanah seperti tanah rancangan FELDA kepada kaum India yang berpendapatan rendah, selain membuka kemasukan UiTM kepada semua kaum.

Ketua Umum HINDRAF, P Uthayakumar, dilaporkan berkata mereka menuntut supaya UiTM yang diwujudkan khusus untuk Bumiputera dan Melayu dibuka untuk semua kaum terutama kaum India dari golongan B75.

Memorandum mengandungi tuntutan itu diserahkan kepada kerajaan menerusi Majlis Penasihat Kerajaan hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.