Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, acara antarabangsa yang ditonton segenap lapisan masyarakat itu sepatutnya disiarkan di RTM supaya rakyat dapat menikmatinya secara langsung dan percuma.

“Saya akan bawakan perkara ini ke Kabinet Rabu ini untuk mendapatkan kebenaran siaran langsung Piala Dunia 2018 yang bermula 14 Jun ini di RTM.

“Ia juga merupakan salah satu langkah mempromosikan semula RTM yang merupakan stesen televisyen kebangsaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di Wisma Bernama di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE