Kementerian laksana enam projek rapatkan jurang digital

BEAUFORT 28 Sept. – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah melaksanakan enam projek Merapatkan Jurang Digital (BDD) di seluruh negara yang berjaya mengurangkan jurang digital antara kumpulan miskin bandar dan kumpulan berkemampuan bandar.

Timbalan menterinya Datuk Seri Lajim Ukin berkata, projek tersebut memberi peluang sama rata kepada kumpulan kurang berada dalam masyarakat untuk mengakses dan menggunakan maklumat serta pengetahuan melalui teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Beliau berkata, bagi Sabah, projek BDD yang pertama dilaksanakan ialah di kawasan Weston pada tahun 2009.

“Projek BDD ini diyakini dapat meningkatkan penglibatan kumpulan miskin bandar dalam arus perdana proses pembangunan negara bagi merealisasikan Wawasan 2020,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pusat Komuniti BDD Kampung Weston dekat sini hari ini. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.