CERITA HUTANG SAJA, PENDAPATAN YANG NAJIB JANA TAK KIRA?

BERDASARKAN perkembangan semasa. rakyat sudah boleh mula menjangka banyak janji dalam manifcsto ‘pembangkang’ sepanjang kempen PRU14 yang lepas tidak akan dilaksanakan, terutama 10 janji utama dalam 100 hari pertama – satu pun kita tak nampak lagi dilaksanakan setakat hari ini sekalipun masa kempen hari itu ada seorang di kalangan mereka yang kata, hari ini perintah, esok buat.

Baru cerita yang 10 tu saja, yang lain dalam buku janji depa tu jangan cakaplah, macam hapus tol umpamanya, boleh berhenti berharap.

Mula dengan salah seorang ahli majlis orang tua yang berkata tempoh 100 hari ini bodoh, ia juga berdasarkan pemerhatian penulis di media sosial, dimana ramai dari penyokong Pakatan ini sudah mula main cerita lain dari janji-janji yang nak dilaksanakan itu.

Satu perkara yang kita kena faham tentang penyokong Pakatan di media sosial, bila semua orang main isu sama termasuk segi konteks dan gaya bahasa yang digunakan, itu maksud memang ada wave yang nak diwujudkan. Kalau tak cuba nak mengelirukan, nak bagi senang hati sesama diaorang.

Rata-rata penulis lihat asyik bercakap tentang hutang negara yang ditinggalkan pentadbiran terdahulu dan menjadikan itu sebagai alasan kenapa banyak daripada perkara dalam manifesto itu mungkin tidak akan dilaksanakan nanti. Sehinggalah ada cadangan di kalangan mereka untuk mengadakan crowd funding bagi menyelesaikan semua hutang yang ditinggalkan dan sebagainya.

Kelakar.

Seolah-olah faham penyokong Pakatan di media sosial ini, pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini hanya jana hutang sahaja, tidak langsung jana pendapatan untuk negara. Hutang mesti cerita dengan pendapatan. Buat hutang bukan masalah, tak bayar hutang tu yang masalah. Itu hairan kenapa cerita hutang saja, bab pendapatan tak pulak kira? Tapi dalam masa yang sama mengaku pulak ekonomi negara berada dalam kedudukan baik?

Cerita Najib konon buat hutang banyak ni bukan cerita baru, cerita lama dah, sejak 2015 lagi.

Betul tak betul tu belakang ceritalah tapi yang pentingnya disini, itu nampaknya tak menghalang pembangkang pada waktu itu menjadikannya sebagai isu untuk menghasut rakyat bagi tidak menyokong kerajaan, termasuk merangka pelbagai janji bulan dan bintang dalam manifesto PRU mereka – walaupun tahu “hutang banyak”. Kalau masa itu tak jadi masalah, kenapa sekarang pulak isu hutang ni nak jadi masalah?

Sangkaan ini (janji tidak akan dilaksanakan) bertambah kuat bila ada stesen radio yang mula (diarah?) mendapatkan pandangan pendengar mereka tentang beberapa janji manifesto Pakatan, sepertinya caruman KWSP untuk suri rumah. Baru nak buat kajian? Dah jadi kerajaan dah, laksanakan sajalah.

Tapi nak kata apa, orang tua dah cakap, “we have so many uneducated person in this country”. Masa dia cakap tu pulak, Pakatan baru menang dan bentuk kerajaan. Jadi faham-faham sajalah siapa yang dimaksudkan.

Mykmu.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.