Dulu Berak Dalam Plastik, Kencing Luar Tingkap, Kini Tiap Sel Ada Tandas

SATU laporan mendedahkan penghuni di penjara HMP Long Lartin terpaksa menunggu sehingga dua jam setiap kali mahu menggunakan kemudahan asas.

Penjara kategori A berdekatan Evesham, Worcestershire di Britain itu pernah menempatkan banduan berprofil tinggi seperti pejuang radikal Islam, Abu Hamza dan Ian Watkins.

Inspektor penjara memberitahu, fasiliti lama itu sering menyebabkan 620 penghuni mengalami kesukaran untuk menggunakan tandas dalam sel mereka.

Sel tidak dikunci secara eletronik pada sebelah malam bagi membolehkan mereka keluar bagi ‘melepaskan hajat’.

Ia menyebabkan berlakunya barisan yang panjang di tandas.

“Seorang banduan dibenarkan menggunakan tandas sehingga 15 minit untuk membuang air atau mandi dengan tujuh lagi yang lain sedang beratur.

“Jadi, ada yang terpaksa menunggu sehingga dua jam. Baldi turut disediakan jika mereka tak tahan menunggu.

“Mereka kadang-kadang membuang air dalam beg plastik dan melemparkannya keluar dari tingkap sel, atau kencing di luar tingkap kerana tidak mahu sel mereka berbau,” dedah laporan berkenaan.

Namun, amalan itu dihapuskan lebih dua dekad lalu.

Inspektor penjara HM menggambarkan amalan itu sebagai sesuatu yang menjatuhkan maruah.

Malah, pihak kerajaan juga memberi dana bagi memasang tandas dalam setiap sel di penjara itu.-MS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.