NAJIB & TUN RAZAK ADA KEPERIBADIAN TERSENDIRI

PENULIS rasa soal Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak mesti sama seperti arwah bapanya Tun Abdul Razak atau tidak, tak sepatutnya timbul dan dipertikaikan oleh sesiapa. Hakikatnya, 2 orang ini ada keperibadian berbeza, kita sendiri pun belum tentu sama dengan bapa kita melainkan hal-hal yang orang terdekat saja tahu.

Zaman sekarang dan zaman dulu pun berbeza. Tun Razak menjadi seperti dirinya kerana apa yang berlaku pada zamannya, begitu juga Najib. Bercakap tentang gaya mentadbir, masing-masing memerintah mengikut keadaan dan keperluan pada zaman masing-masing, takkan boleh sama?

Walaupun ada perubahan polisi baru semasa pentadbiran Najib yang dikatakan tidak menyenangkan sesetengah orang tapi itu bukan alasan untuk membuat perbandingan dengan arwah bapanya atas alasan yang disebutkan di atas. Sekurang-kurangnya semasa Najib memerintah, kita tak pernah mendengar cadangan rakyat diminta menderma untuk membayar hutang kerajaan!! Seolah-olah kerajaan dulu tidak jana langsung pendapatan untuk negara.

Apa yang perlu diutamakan pentadbiran sekarang ialah usaha untuk menunaikan janji 10 yang pertama tu dulu. Ramai menanti-nanti apa kesudahannya dengan janji-janji manis yang menjadi punca kemenangan dalam PRU14 yang lepas. Berdasarkan perkembangan semasa, nampak banyak yang perlu dibuat untuk memastikan semua janji-janji tersebut dilaksanakan sebelum tempoh akhirnya sampai nanti.

Ini semua yang perlu disegerakan. Tak perlulah dibualkan perkara yang tidak berkaitan langsung dengan semua janji-janji tersebut.

Rakyat sekarang melihat banyak perkara yang tak tersenarai dalam 10 yang utama, cepat betul dilaksanakan/dicadangkan. Contohnya menamatkan perkhidmatan beratus-ratus orang beberapa hari pertama mengambil alih, menutup agensi yang kononnya tak relevan – beribu-ribu lagi mungkin hilang pekerjaan, cadangan menyenaraikan Petronas di Bursa Saham, desakan dari sekutu untuk membuka institusi pendidikan Melayu kepada bukan Melayu dan sebagainya.

Benda-benda macam ni tak pulak kita nampak sesiapa menyindir “orang mengandung pun kena tunggu 9 bulan sebelum beranak?”

Mykmu.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.