Salah Terbang Ke Sepanyol

MOHAMED Salah bakal ke Sepanyol.

Penyerang Liverpool itu mengalami terseliuh bahu ketika aksi final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid Ahad lalu.

Persatuan Bola Sepak Mesir memberitahu, Slaah telah memulakan proses pemulihannya sejak Ahad lalu dengan semangat yang tinggi dan dijangka akan kembali ke pasukan dengan cepat.

“Dia akan menerima rawatan di Sepanyol, ditemani oleh presiden persatuan, doktor pasukan dan pegawai perubatan kelab

.Sebelum ini pengurus kelab, Jurgen Klopp meluahkan kerisauan sekiranya kecederaan itu akan menghalang Salah beraksi pada Piala Dunia Jun ini.

Bagaimana pun Slaah, tetap menunjukkan sikap positif.

“Malam yang sengit, tetapi saya seorang pejuang. Walaupun ada kemungkinan, saya tetap yakin akan berada di Rusia untuk membuatkan anda bangga.”

Kasih sayang anda dan sokongan akan memberi saya lebih banyak kekuatan yang saya perlukan,” ujar pemain berusia 25 tahun itu.-MS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.