PDRM Nafi Edar Senarai Nama Ketua Kongsi Gelap (Ops Cantas 2016)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan tidak pernah mengedarkan sebarang siaran media bertajuk ‘Senarai Nama Anggota Ketua Kongsi Gelap di Malaysia’.

Superintendan Komunikasi Korporat, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Superintendan N Venugopal, berkata siaran media itu adalah palsu dan PDRM tidak pernah membuat sebarang makluman umum mengenai senarai sasaran mana-mana operasi yang hendak dijalankan.

“Tindakan tidak bertanggungjawab ini jelas dilakukan oleh pihak yang cuba menimbulkan kegelisahan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai dinasihatkan tidak mudah mempercayai dan menyebarkan sebarang maklumat daripada sumber yang meragukan. Sewajarnya, rujuk kepada pihak berkuasa bagi mendapatkan penjelasan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Bukit Aman, sebentar tadi.

Siaran media palsu bertajuk Senarai Nama Anggota Ketua Kongsi Gelap di Malaysia (Ops Cantas 2016) itu dikesan mula tersebar di media sosial dan aplikasi perbualan hari ini dengan menyenaraikan seramai 12 orang nama kononnya ketua kongsi gelap di seluruh Malaysia.

Siaran media itu didakwa dikeluarkan oleh Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad.-BH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.