Bajet2012:Siri 2,Harapan Golongan Petani

Pakatan Rakyat baru-baru dalam sidang media dalam siri perbincangan bajet Pakatan Rakyat 2012 di Sekretariat Pakatan Rakyat telah mencadangkan penghapusan status monopoli pengedaran beras oleh Beras Nasional Malaysia (Bernas) dan juga kajian semula terhadap status Bernas sebagai pengimport tunggal beras di negara ini. Menurut Naib Presiden KEADILAN Tian Chua, langkah itu dicadangkan kerana sejak ia diswastakan, Bernas tidak lagi mewakili kepentingan nasional tetapi terus diberikan keistimewaan oleh kerajaan Umno BN. Kenyataan tidak berasas Tian Chua ini sebenarnya dalam keadaan terdesak untuk meracuni fikiran rakyat tentang apakah sebenarnya kepenting nasional yang berkait dengan BERNAS.

Mari saya bawakan anda untuk kita telusuri apakah sebenarnya sumbangan BERNAS kepada masyarakat khususnya petani. Setelah diswastakan pada tahun 1996 daripada Lembaga Padi Negara BERNAS menyambung peranan utama dalam mengawasi perkembangan industri padi dan beras negara, di samping mengambilalih tanggungjawab sosial dan komersil yang selama ini dipikul oleh LPN. Ini termasuk mewakili pihak kerajaan dalam pengurusan dan pembayaran subsidi kepada petani, mengurus Skim Pengilangan Padi Bumiputra, membeli padi daripada petani pada harga minimum terjamin dan bertindak sebagai pembeli terakhir padi dari petani.

Kemudian isu BERNAS ini sekali lagi di perbesarkan oleh pakatan rakyat dimana PAS mendesak kerajaan menjelaskan kepada umum kenapa membiarkan 31 peratus kepentingan Padiberas Nasional Bhd (Bernas) -sektor strategik negara- diberikan pemilikan yang begitu besar kepada syarikat asing. PAS juga mendesak Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak bertanggungjawab diatas kehilangan kepentingan negara terutama dalam menjaga keselamatan makanan untuk rakyat.

Sekali lagi isu basi dimainkan oleh PAKATAN RAKYAT. Tahukah mereka isu ini telah pun selesai pada tahun 2009 dimana Tradewinds (M) Bhd. (Tradewinds) menerusi Pengerusinya, Datuk Wira Syed Abdul Jabbar Syed telah mengambil alih kepentingan saham dalam BERNAS dengan pembelian 53.76 peratus ekuiti kepentingan di dalam Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) pada harga RM525.99 juta.Pembelian itu juga melibatkan 31.52 peratus kepentingan Bernas yang dipegang oleh Wang Tak Company Ltd.(Wang Tak) syarikat asing yang sebelum ini memegang ekuiti besar dalam BERNAS, kata Pengerusi Tradewinds (M) Bhd. (Tradewinds) hari ini mengumumkan cadangan pembelian 53.76 peratus ekuiti kepentingan di dalam Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) pada harga RM525.99 juta. Syed Abdul Jabbar berkata, pembelian itu bertujuan memastikan bekalan makanan negara diuruskan oleh syarikat Malaysia.

Dalam pembentangan Bajet 2010 PM telah mengumumkan bagi sektor pertanian peruntukan RM2 bilion disediakan untuk tujuan subsidi, insentif dan bantuan untuk petani dan nelayan, subsidi harga padi lebih RM400 juta, subsidi baja padi hampir RM300 juta, subsidi beras hampir RM220 juta dan peruntukan RM170 juta sebagai elaun sara hidup dan insentif untuk nelayan.

Kemudian dalam pembentangan bajet 2011 peruntukan RM3.8 bilion dibuat kerajaan bagi menyuburkan sektor pertanian supaya menjadi lebih produktif dan menjana pulangan lumayan kepada negara. Daripada situ sejumlah RM235 juta pula disediakan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran padi di Kawasan Pembangunan Pertanian Muda (MADA), Kedah dan kawasan lain dengan menaik taraf sistem pengairan dan penggunaan benih padi bermutu tinggi, peruntukan RM80 juta pula bagi menjalin kerjasama di antara petani buah-buahan dan sayur-sayuran secara kecil-kecilan dengan syarikat peneraju dan kerajaan akan membina Pusat Penyelidikan Antarabangsa Tanaman Masa Hadapan di Semenyih, Selangor melibatkan peruntukan RM15.7 juta.

Jelas memperlihatkan dalam pembentangan bajet sektor pertanian sering mendapat tumpuan kerajaan khususnya golongan petani. Kenaikan peruntukan sehingga 10 % setahun banyak mendatangkan faedah kepada golongan petani sehingga mereka mampu menghasilkan  pendapatan yang lumayan. Saya kira pembentangan bajet 2012 akan datang akan menyaksikan kenaikan 10 % peruntukan bagi memastikan sektor ini terus berkembang maju menjelang tahun 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.