Rekod tertinggi 30 tahun – Tajuddin

KUALA LUMPUR 28 Sept.- Bursa Malaysia Derivatif Bhd. (BMD) mencatat rekod jumlah dagangan tertinggi dalam tempoh 30 tahun apabila sebanyak 6.228 juta kontrak didagangkan hari ini apabila ia ditutup dalam dagangan tengahari(semalam).

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia dan Pengerusi BMD, Datuk Tajuddin Atan berkata, ia adalah hasil daripada kejayaan daripada kerjasamanya dengan Kumpulan CME.

” Tahun 2011 menjadi satu tempoh yang amat hebat kepada perniagaan derivatif kami. Kami sangat gembira dengan kejayaan ini terutama sekali apabila ia hadir semasa kami meraikan tahun pertama penghijrahan kepada platform dagangan CME Globex,” katanya di dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, Bursa Malaysia dan BMD yakin momentum ini akan berterusan dan membawa perniagaan derivatif ke peringkat yang lebih tinggi.

BMD berhijrah ke platform dagangan elektronik CME Globex pada 20 September tahun lalu selepas menjalin kerjasama dengan Kumpulan CME pada 2009.

Sumber-Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.