Final Piala Malaysia: FAM Nak Kaut Untung Melampau?

Sudah bertebaran berita di alam maya bahawa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengenakan tiket berharga RM 50 untuk seorang peminat menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu pada Sabtu.

Keputusan ini ternyata boleh membuatkan keghairahan untuk menyokong industri bolsepak tempatan, tiba-tiba merudum dan menghilang terus.

Peminat yang akan menyaksikan perlawanan tersebut bukan setakat membayar untuk harga tiket yang tinggi, malah terpaksa juga membayar kos pengangkutan bagi menyaksikan perlawanan akhir tersebut.  Anggaran perbelanjaan untuk peminat Negeri Sembilan adalah sekitar RM 100 termasuk tol, minyak dan makan manakala bagi peminat dari Terengganu, lebih lagi kos yang perlu ditanggung.

Peminat yang beria-ia ingin menyokong pasukan pilihan masing-masing sudah tentu hampa dengan berita ini.  Sudahlah ditekan dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup, nak berhibur sekali sekala menyaksikan perlawanan akhir bolasepak pun terpaksa membayar harga yang tinggi juga.

Dari segi logiknya, FAM sudah punya banyak wang.  Untuk tahun ini saja, Astro menyumbangkan ratusan jutaan ringgit wang tajaan, melebihi apa yang pernah diberikan Dunhill sekitar pertengahan 90-an dulu (sebelum syarikat rokok dilarang dari menaja pasukan bolasepak).  Justeru, apa guna ‘memeras’ duit peminat dengan harga tiket yang sebegitu mahal?

Hanya kerana namanya perlawanan akhir, itu bukan lesen untuk FAM meletakkan harga yang tinggi.  Berdasarkan pengalaman penulis, setiap kali perlawanan akhir, FAM menganjurkan karnival yang menarik pengiklan untuk menyertainya, situ saja dah banyak ‘masyuk’.

Apa rasionalnya FAM membuat keputusan berikut, penulis sendiri tidak pasti.  Adakah kerajaan PKR yang menguasai Selangor mengenakan sewa yang melampau untuk perlawanan akhir tersebut diadakan disitu?

Jika andaian itu benar, FAM wajar mencari alternatif lain yang lebih ekonomik bagi para peminat menyaksikan perlawanan akhir tersebut.  Lagipun mutu padang Stadium Shah Alam kita semua tahulah, baik sikit dari padang ragut.

Penulis harap FAM kajilah keputusan ini.  Jangan nanti stadium kosong kerana peminat lebih suka menonton siaran langsung di rumah sahaja.  Kalau itu berlaku, FAM akan lebih rugi.  Cuba fikirkan strategi jangka masa panjang dan lebih mesra peminat, jangan dok fikir kantung sendiri saja.

One thought on “Final Piala Malaysia: FAM Nak Kaut Untung Melampau?

  • 31/10/2011 at 8:25 pm
    Permalink

    keras jugak FAM dgn keputusannya sampai saat akhir.

    tindakan yg boleh menyebabkan tindakbalas keras daripada peminat utk jangka masa panjang.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.