Pesawat Lion Air terhempas 13 minit sejurus berlepas dari Jakarta

Jumlah penumpang pesawat itu belum dapat dipastikan lagi.

SEBUAH pesawat penumpang terhempas sejurus berlepas dari lapangan terbang Jakarta, Indonesia, pagi Isnin.

Penerbangan Lion Air JT-610 itu berlepas pada pukul 6.20 pagi sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan pada 6.33 pagi.

Pesawat itu sepatutunya tiba di Pangkal Pinang, 7.20 pagi ini.

“Kami boleh mengesahkan pesawat kami terputus hubungan, namun lokasi kehilangan itu masih belum dapat dipastikan,” ujar jurucakap Lion Air, Danang Mandala Prihantoro.

Jurucakap bagi pencarian itu, Yusuf Latif pula berkata, agensi penyelamat mengesahkan bahawa pesawat itu telah terhempas.

Sementara itu, pesawat berkenaan berupaya membawa 210 penumpang, namun jumlah sebenar mangsa masih belum diketahui lagi.

Dalam perkembangan terbaharu, portal berita antarabangsa Sky News melaporkan pesawat malang itu terhempas ke dalam laut.-MS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.