Arab Saudi perkenal undang-undang gangguan seksual

DUBAI: Kabinet Arab Saudi, semalam, meluluskan rang undang-undang bagi menangani jenayah gangguan seksual dan ia adalah antara perubahan terbaharu yang dilaksanakan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Bagaimanapun, ia memerlukan kelulusan dekri diraja sebelum boleh dikuatkuasa sebagai undang-undang.

Rang undang-undang yang diluluskan oleh badan penasihat Majlis Syura itu, memperkenalkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sebanyak 300,000 riyal (RM318,126), kepada pesalah jika sabit kesalahan.

“Undang-undang ini bertujuan menangani kes gangguan seksual, mencegah ia daripada berlaku dengan mengenakan hukuman terhadap pesalah dan melindungi mangsa bagi memelihara hak peribadi individu, maruah serta kebebasan mereka mengikut peraturan dan undang-undang Islam,” kata Majlis Syura dalam satu kenyataan. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.