Bonus Kakitangan Kerajaan RM400 Pesara RM200

PUTRAJAYA- Kerajaan Pakatan Harapan sebentar tadi mengumumkan bonus Hari Raya berjumlah RM400 khusus kepada kakitangan kerajaan gred 41 ke bawah dan RM 200 kepada semua pesara Kerajaan.

“6 Jun (akan dibayar),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet kedua di Perdana Putra di sini hari ini.

Dalam sidang media itu Dr Mahathir turut mengumumkan bantuan sara hidup rakyat bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan pentadbiran terdahulu.

“Memang berbeza, memang berbeza,” katanya apabila ditanya mengenai perbezaan antara bantuan sara hidup yang akan diperkenalkan dan BR1M.

Dr Mahathir turut mengumumkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dimansuhkan pada September tahun ini dan digantikan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Mulai 1 Jun pula, GST berkadar sifar akan dikuatkuasakan, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.