Putrajaya kaji semula peranan Jakim

Kerajaan akan mengumpulkan sejumlah ilmuan Islam untuk membincangkan masa depan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut perdana menteri langkah berkenaan diambil sebagai langkah melihat semula peranan badan berkenaan sama ada perlu dikekalkan seperti sekarang, atau dikembalikan kepada tujuan asal ia ditubuhkan dulu.

“Dan kita akan tentukan negara ini Islam tidak digambarkan sebagai agama yang zalim, keras dan tidak bertimbang rasa,” katanya semasa sidang media selepas mesyuarat kabinet di Putrajaya hari ini.

One thought on “Putrajaya kaji semula peranan Jakim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.