RTM Siar Secara Langsung Piala Dunia 2018

PUTRAJAYA: Perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 di Rusia akan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berkata perincian mengenai pemilihan perlawanan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

“Setakat ini kita maklumkan Piala Dunia akan disiarkan di RTM 1. Maklumat selanjutkan akan diberitahu kemudian.

“Mungkin esok,” katanya ditemui media selepas Mesyuarat Kabinet kedua di Pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini.

Beliau berkata, cadangan itu dibawa ke mesyuarat Kabinet pagi tadi dan diluluskan.

Semalam, Gobind memaklumkan akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet berhubung kebenaran mendapatkan hak penyiaran siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 kepada peminat tempatan.

Piala Dunia 2018 berlangsung bermula 14 Jun hingga 15 Julai depan.-BH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.