Namun, apabila ditanya sama ada betul atau tidak individu dalam video tersebut adalah dirinya, Syafiq atau nama sebenar Mohd. Syafiq Shamim Abdul Razak membiarkan khalayak untuk membuat spekulasi.

“Objektif sidang media ini adalah untuk meneruskan kehidupan dan menghormati bulan Ramadan.

“Saya adalah individu yang bertanggungjawab membuat keputusan  memendekkan atau menghentikan isu ini.

“Terpulang kepada fikiran orang luar untuk membuat kesimpulan tetapi cukup setakat ini jawapan saya. Apapun, saya bersyukur atas dugaan ini yang boleh mematangkan diri saya,” tegasnya memuktamadkan keputusan.

Pun begitu, Syafiq tidak menolak kemungkinan dia pernah mengenali individu bernama Mira seperti yang disebut namanya menerusi klip video tersebut.

Tambahnya, dia dan syarikat pengurusannya, Mask Team sedang berbincang dengan peguam untuk melakukan tindakan susulan berhubung kewujudan video itu sebelum membuat laporan kepada pihak berkuasa. – UTUSAN ONLINE